
Bagaimana caranya Niagawan boleh bantu anda urus duit anda sama ada dalam bank atau tunai dengan efektif?
Ini adalah fungsi yang ramai suka, iaitu penggunaan sumber bank/tunai.
Kalau anda lihat dalam Buku Tunai, ada fungsi sumber yang anda boleh pilih sama ada bank atau tunai.
Jika anda select Bank, anda akan nampak bahawa dalam bank ada berapa duit. Di sebelah debit adalah jumlah duit yang masuk ke dalam bank, dan kredit pula adalah jumlah duit yang keluar dari bank.
Dari contoh awal tadi, kita claim dari bank untuk belanja staf makan, medical allowance dan gaji. Semua ini adalah duit yang keluar dari bank.
Jika anda select Tunai, anda akan nampak semua duit yang terima secara tunai, contoh jualan harian yang anda terima sebagai cash.
Konsep sumber ini adalah seumpama tabung seperti tabung bank dan tabung tunai. Jika anda ada bank yang lain seperti Maybank, CIMB, anda boleh create sahaja sumber-sumber ini.
Sekarang mari kita create tabung-tabung ini sebagai sumber dalam Niagawan.
Pergi ke menu Pengguna / Tetapan, bahagian Sumber. Secara default, sistem akan create sumber Bank dan Tunai untuk anda.
Jika bank utama anda adalah Maybank, anda boleh kemaskini jadi Maybank. Jika anda ada bank yang lain, contohnya CIMB, anda boleh masukkan yang baru sebagai CIMB.
Jika tunai, anda nak asingkan tunai sebagai jualan, atau tunai sebagai Petty Cash, anda boleh kemaskini jadi Tunai (Jualan) dan kemudian tambahkan sumber Petty Cash untuk kegunaan internal syarikat.
Jika anda nak yang lebih lagi, anda boleh masukkan yang lain seperti terima jualan dengan Credit Card di mana syarikat Credit Card kemudiannya akan buat settlement dengan anda.
Ini adalah sumber-sumber yang anda boleh guna untuk urus duit masuk dan keluar dari bisnes anda.
Kadang kala ada juga yang suka guna bank akaun personal dalam bisnes, tercampur pula duit bisnes dengan peribadi. Atau anda suruh pelanggan bayar ke personal bank akaun anda. Sebenarnya ini adalah tidak digalakkan kerana ianya tidak betul untuk minta pelanggan bayar ke bank akaun peribadi kita.
Tapi jika anda nak buat juga, anda boleh guna sumber ini untuk bantu anda.
Jadi, anda boleh create sumber Bank (Personal) untuk rekod duit yang masuk dan keluar dari bank akaun peribadi anda.
Selepas anda siap create semua sumber-sumber bank dan tunai, anda boleh pergi ke bahagian Buku Tunai.
Dalam Buku Tunai, jika anda tidak pilih mana-mana sumber, ianya akan tunjuk kepada anda semua duit yang ada dalam bisnes anda.
Tapi jika anda select Maybank, anda akan nampak duit yang ada dalam Maybank. Untuk sumber CIMB, Petty Cash, Credit Card, Maybank (Personal) tiada lagi duit dalam sumber-sumber tersebut sebab belum lagi kita masukkan duit.
Untuk maklumat lanjut sila layari www.niagawan.com
LIHAT SUMBER VIDEO